Skip to main content

Bola Sepak

Tunjuk isyarat lucah, Fairuz Zakaria berisiko digantung enam perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fairuz-zakaria.jpg
Pertahanan Penang, Fairuz Zakaria, perlu menjawab srat pertuduhan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum atau pada Rabu ini.

Surat yang dihantar tiga hari lalu itu menuntut Fairuz menjawab segala dakwaan tingkah laku yang tidak sepatutnya pada minit ke-88 aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Kedah darul Aman di Stadium Bandaraya pada Jumaat lalu.

Difahamkan, kesalahan menggunakan isyarat lucah selepas dia dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu boleh mengakibatkan Fairuz digantung sebanyak enam perlawanan.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Secara ringkasnya, surat itu ditujukan kepada Fairuz Zakaria mengenai tingkah lakunya ketika minit ke-88 perlawanan menentang Kedah di Stadium Bandaraya.

"Dia dituduhkan menunjukkan isyarat kesat dan tidak senonoh dan dia diberikan masa untuk tunjuk sebab sebelum pihak FAM membuat keputusan mengenai hukuman terhadap kesalahan yang dilakukannya dalam surat tersebut.

"Dia diberikan tempoh seminggu dan pada 10 Julai ini, dia mesti sudah menjawab surat itu.

"Dia mempunyai hak untuk membalasnya atau tidak tetapi pihak pengurusan mengarahkannya untuk menjawab surat itu.

"Kami sebagai sebuah kelab juga berharap semua pemain dapat mengikut apa peraturan yang sudah ditetapkan.

"Jika dia benar-benar bersalah, kami sebagai kelab akan mebuat keputusan terbaik untuk mengingatkan pemain itu dan pemain lain bahawa kami tidak akan beroleransi terhadap kelakuan seperti itu," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video