SERIE A
Tunggu dua tahun, masuk sembilan minit, kena kad merah
Aksi profesional pertama Dele Alli selepas penantian selama 748 hari, hanya bertahan selama sembilan minit apabila dia dilayangkan kad merah kerana mengasari Ruben Loftus-Cheek ketika melakukan penampilan pertamanya buat Como dalam aksi Serie A di San Siro awal pagi tadi.
Alli pada awalnya hanya dilayangkan kad kuning tetapi ia bertukar menjadi kad merah selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dalam waktu kecederaan ketika kekalahan 1-2 Como kepada Milan.
Menariknya, bekas rakan sepasukan Alli di Tottenham, Kyle Walker, yang kini mewakili Milan, turut dilihat bersama-sama pemain Como menggesa pengadil tidak melayangkan kad merah kepada Alli.
Iklan
Jurulatih Como, Cesc Fabregas, turut dilayangkan kad merah kerana kekecewaan yang ditunjukkannya ke atas pengadil tetapi tidak berselindung pemain itu selayaknya dilayangkan kad merah.
"Dele Alli seorang penjaring gol, saya cuba memberikannya peluang. Kesilapan serius daripada seorang pemain berpengalaman. Jelas kad merah, dia meninggalkan pasukan pada ketika kedudukan boleh menjadi 2-2," kata Fabregas kepada DAZN.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Como dengan perjanjian selama 18 bulan pada Januari lalu, bersama pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.
Perlawanan itu merupakan penampilan pertamanya sejak kali terakhir mewakili kelab Turkiye, Besiktas, pada Februari 2023.
Dele Alli was sent off after receiving a red card just nine minutes into his first professional appearance in two years.Even Kyle Walker was pleading with the ref to keep the initial yellow and to not change it to a red 💔 pic.twitter.com/B6hWGYeHks— ESPN FC (@ESPNFC) March 15, 2025
Must-Watch Video