Skip to main content

Bola Sepak

Tunggakan gaji, caruman KWSP, PERKESO agenda utama mesyuarat PBKL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klfa.jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL) yang dipengerusikan presidennya, Syed Yazid Syed Oman, mengumumkan YBhg. Datuk Haji Kamarudin Bin Hj Hassan sebagai Setiausaha Agung dan En. Mohd Zaki Bin Haruddin selaku Bendahari persatuan itu.

Antara agenda utama mesyuarat itu adalah mengenai masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan serta caruman KWSP dan PERKESO yang sebelum ini menjadi isu serius.

Malah, Jawatankuasa Eksekutif turut mengadakan perbincangan dalam berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan perkara itu tidak berulang lagi.

Mesyuarat itu berlangsung semalam dengan dihadiri semua Jawatankuasa Eksekutif yang telah terpilih dalam Kongres PBKL ke-35 baru-baru ini.

Advertisement

Must Watch Video