Tular di laman-laman sosial hari ini apabila sijil kelahiran yang dikatakan milik datuk kepada pemain warisan negara, Facundo Garces, tersebar.
Berdasarkan dokumen yang tular berkenaan, datuk Facundo, Carlos Rogelio Fernandez, didapati lahir di Santa Fe, Argentina dan bukannya di Penang seperti yang didakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan secara rasmi sama ada sijil kelahiran yang tular itu benar-benar milik datuk pertahanan tengah berkenaan atau tidak.
Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada hujung bulan lalu menggantung 12 bulan tujuh pemain warisan negara, iaitu Facundo, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, atas dakwaan pemalsuan dokumen.

?BREAKING NEWS: FIFA Documents Confirm Argentine Birth of Facundo Garcés’ Grandfather, Debunking Malaysian Claims
— The Wall Pass Journal (@wallpassjournal) October 30, 2025
Documents obtained by FIFA show that Carlos Rogelio Fernández, grandfather of soccer player Facundo Garcés, was born in Argentina—not Malaysia, as claimed by the… pic.twitter.com/SBtgg48I9h