Skip to main content

Bola Sepak

Tular: Piya beri jersi kepada Ifedayo, simbolik kebangkitan bola sepak Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piya.jpg
Kapten skuad treble Kelantan pada 2012, Badhri Radzi (Piya), dilihat menyampaikan sehelai jersi tahun gemilang itu kepada kapten Kelantan The Real Warriors (TRW), Ifedayo Olusegun, selepas tamat satu perlawanan pertunjukan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Berdasarkan video yang tular di laman-laman sosial, penyerahan jersi berkenaan dikatakan simbolik kepada kebangkitan bola sepak Kelantan musim ini.

Terdahulu, pasukan Ex Treble Kelantan menewaskan Ex Perak 6-2 dalam perlawanan berkenaan.

TRW, dalam pada itu, akan berdepan Kuala Lumpur City bagi perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA di Cheras pada 14 Oktober ini.

Meraka akan membawa bekalan dua gol selepas mencatatkan kemenangan 3-1 dalam aksi pertama di Kota Bharu bulan lalu.


Tonton video di sini:

 

Advertisement

Must Watch Video