Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, optimis sebanyak lapan pasukan mampu mencabar gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi kempen 2025/26 nanti.
The Gunners menamatkan saingan liga sebagai naib juara dalam tiga musim terakhir- dua kali dibelakang Manchester City, ketinggalan 10 mata dibelakang Liverpool musim lalu.
Namun, Arsenal telah mengukuhkan pasukannya dalam jendela perpindahan menjelang saingan musim baru kali ini dengan kemasukan empat pemain iaitu Martin Zubimendi, Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Noni Madueke.
Mereka juga dijangkakan akan menambah Viktor Gyokeres dan Christhian Mosquera dalam pasukan dalam masa terdekat, dengan dua pemain itu difahamkan akan menyertai skuad Arteta di Singapura selepas menandatangani perjanjian.
"Setiap tahun kita perlu melihat bagaimana keadaan berkembang tetapi saya melihat keseimbangan yang betul daripada aspek kematangan, pengalaman, muda, kelaparan dan semua ramuan yang ada.
"Terdapat enam, tujuh, lapan lagi kelab dalam liga yang mempunyai ramuan yang tetap untuk menang dan hanya akan ada satu pemenang.
"Jadi kami perlu banyak memberikan tumpuan kepada perkara yang boleh kami kawal, yang boleh kami lakukan untuk mencapai apa yang kami mahu pada penghujung musim nanti." katanya.

Are we set for an all-timer of a title race? ??
— Premier League (@premierleague) July 22, 2025
Mikel Arteta thinks nine clubs including @Arsenal could be champions! pic.twitter.com/wyPsFNPEDQ