BOLA SEPAK

Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya -- TMJ

Stadium Astro
Ammar Hakim
26/03/2025
13:30 MYT
Sponsor Banner
Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan tujuh lagi pemain baharu bakal diserap masuk dalam skuad Harimau Malaya selepas tiga yang dipanggil bagi aksi berdepan Nepal.
Aksi kelayakan Piala Asia bertemu Nepal yang berkesudahan 2-0 menampilkan perkembangan terbaru buat pasukan, kehadiran pemain warisan yang memperkuatkan skuad Harimau Malaya serta di bawah kendalian jurulatih berpengalaman dari Australia, Peter Cklamovski.
Di sebalik kemenangan yang diraih ke atas pasukan yang berada di ranking ke-175 itu, terdapat perkara positif yang dapat diambil menerusi corak permainan pasukan yang lebih berkualiti ditambah dengan kehadiran muka baharu, Hector Hevel, yang tidak menunggu lama untuk mencetak nama selaku penjaring.
Menerusi ciapan di X, Tunku Ismail, mendedahkan Harimau Malaya sudah mula menampilkan perkembangan dan memberitahu tujuh lagi pemain bakal diserap masuk ke dalam pasukan.
"Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang berterusan dan penambahbaikan dalam setiap aspek. Semalam kita boleh lihat struktur permainan yang mantap, intensiti 90 minit yang cukup tinggi."
TMJ berkata lagi, "Tujuh lagi pemain Malaysia yang berada di luar negara akan menambah kualiti dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara bermain di pertandingan antarabangsa dan disegani.
"Kebanggaan kita dan imej kita. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar. Keutamaannya adalah bukanlah perkembangan pantas, tetapi arah yang mahu dituju."
Malaysia akan kembali beraksi bertemu Vietnam yang dijadualkan berlangsung 10 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video