Skip to main content

Bola Sepak

Tujuh kelab Liga-M lulus pelesenan kelab AFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

windsor.jpg
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, mengesahkan tujuh pasukan Liga Malaysia lulus pelesenan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2024/25.

Tujuh pasukan tersebut terdiri daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur City, Penang serta Perak sementara Kedah Darul Aman dan Sri Pahang muncul dua pasukan yang gagal mendapatkan pelesenan daripada badan induk bola sepak Asia berkenaan.

Bagi musim 2024/25, gergasi Liga Malaysia, JDT bakal beraksi di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elit manakala Selangor bakal berentap di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2.

"Kita sudah mendapat kepastian JDT dan Selangor telah mendapat lesen untuk beraksi di peringkat Asia," kata Windsor di Nadi Arena. 

"Kami sudah dimaklumkan daripada sembilan kelab yang membuat permohonan, hanya tujuh yang diluluskan. Hanya Kedah dan Sri Pahang tidak diluluskan."

Windsor dalam perkembangan sama turut menegaskan kedudukan Selangor dalam saingan ACL2 tidak akan tergugat meskipun Gergasi Merah berdepan tindakan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan tindakan menarik diri daripada Perlawanan Sumbangsih bertemu JDT 10 Mei lalu.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video