Bekas penyerang prolifik Kelantan, Dickson Nwakaeme, memanjatkan kesyukuran apabila dapat bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan kelab tersebut demi meraikan perlawanan persahabatan merebut Piala Duo.
Sudah pasti import terkemuka itu merindui suasana gamat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang dipenuhi peminat tempatan menyaksikan aksi daripada legenda-legenda skuad kegemilangan The Red Warriors dan Selangor.
Walaupun hujan lebat sebelum sepak mula, ia sama sekali tidak menghalang semangat berkobar-kobar penyokong untuk kemeriahan bola sepak di Kota Bharu itu.
Nwakaeme atau mesra dipanggil 'Orang Besi' itu tidak terlepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, sekali gus memimpin Kelantan bergelar juara dengan keputusan akhir 4-3.
"Cinta ini adalah istimewa dan saya sangat menghargainya.
"Terima kasih semua.
"Semoga Tuhan memberkati anda semua," tulisnya di Instagram.
Namun, bekas bintang Pahang itu juga tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Kelantan pada masa akan datang dengan pesananl; "Ini bukannya selamat tinggal."
Sememangnya Nwakaeme diiktiraf selaku pemain asing paling diminati oleh peminat negara.