Skip to main content

Bola Sepak

Tugu bekas bos Arsenal Wenger didedahkan di luar Stadium Emirates

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_36478930.jpg
Tugu bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris telah didedahkan di luar Stadium Emirates.

Wenger memenangi tiga kejuaraan liga utama dan Piala FA sebanyak tujuh kali semasa mengendalikan The Gunners antara Oktober 1996 sehingga Mei 2018.

Pengendali kelahiran Perancis itu menguruskan 1,235 perlawanan semasa berada di utara London dan membantu kelab itu tidak tewas dalam liga semasa kejayaan mereka merangkul kejuaraan pada 2004.
 

Arsenal juga menghabiskan 20 musim berturut-turut dalam Liga Juara-Juara di bawah Wenger, termasuk mara ke final 2006, di mana mereka ditewaskan 2-1 oleh Barcelona.

Tugu bekas pengendali berusia 73 tahun sepanjang 3.5 meter itu, yang dicipta oleh pengukir, Jim Guy, telah diletakkan pada kedudukan di luar North Bank Stand semalam.

Naib pengerusi eksekutif Arsenal, Tim Lewis, memberitahu laman web The Gunners, “Kami berbesar hati mengiktiraf dan meraikan kepimpinan dan kerjaya cemerlang Arsene Wenger di Kelab Bola Sepak Arsenal., 

“Sumbangan Arsene kepada pasukan, dan pencapaian bersama kelab menandakan dia sebagai pengurus terbaik kelab.

“Beliau melayan kelab dan penyokongnya dengan banyak trofi dan kenangan indah serta membawa revolusi dalam perjalanan kelab, musim tanpa kalah dan perpindahan ke Stadium Emirates.

“Oleh itu, adalah wajar bahawa sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran berterusan kelab, tugu Arsene yang tersergam indah kini berdiri di luar Stadium Emirates.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video