Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, menegaskan Timo Werner semakin 'kuat dan bertenaga' di sebalik aksi tanpa jaringan pemain Jerman itu yang kini melewati 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Werner tiba di Stamford Bridge dengan reputasi sebagai penyerang prolifik berikutan perpindahannya dari kelab Bundesliga, RB Leipzig menjelang musim 2020-21.
Tetapi pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan empat gol dalam 22 perlawanan EPL, sekali lagi dia gagal menjaringkan gol ketika menang 2-1 ke atas Sheffield United melanjutkan lagi kemarau jaringannya.
Walaupun gagal meledak, dia terlibat secara aktif dalam memastikan kemenangan ketiga Chelsea di bawah pimpinan pengendali baru, Tuchel.
Hantaran silang berjaya menemui Mason Mount untuk meletakkan The Blues di hadapan, menjadikan assist yang keenam dalam semua pertandingan musim ini -- paling banyak untuk pasukan Chelsea.
Dia kemudian mendapatkan penalti daripada pelanggaran dengan penjaga gol Blades, Aaron Ramsdale, membenarkan Jorginho untuk kembali meletakkan pelawat di hadapan selepas tuan rumah mereka jaringan sendiri oleh Antonio Rudiger.
Tuchel bagaimanapun menjelaskan tidak bimbang dengan Werner yang berada di landasan terbaik untuk berjaya di Chelsea.
"Dia melakukan larian yang baik dalam jaringan pertama dan memastikan kami meraih gol yang kedua," katanya.
"Pemain pertahanan telah melakukan tugas dengan baik tetapi dia bekerja sangat keras dan berdisiplin. Ini memberi dorongan kepadanya. Saya berasakan dia semakin kuat dan kuat setiap hari. Hari ini dia lebih bebas dan saya benar-benar dapat melihat aksinya di atas padang.
"Dia benar-benar dalam permainan mental dan fizikal dan telah menentukan kemenangan pasukan. Ini adalah perkara yang paling penting kerana jika dia dapat terus seperti ini, pasti sasarannya akan tercapai."

Mood ? pic.twitter.com/Hz8nkWgugp
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 7, 2021