Tuchel sambut baik hajat Hamilton, Serena beli Chelsea

Shaiful Shamsudin
April 23, 2022 12:56 MYT
Thomas Tuchel mengisytiharkan dirinya sebagai peminat setia Serena Williams dan Lewis Hamilton selepas bintang sukan dunia itu menyertai konsortium yang dalam pembidaan untuk membeli Chelsea.
Bintang sukan permotoran Britain, Hamilton, 37, telah meraih hampir $500 juta (RM2.1 bilion) dalam karier Formula Satu (F1) sementara pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Williams, pula mengumpul kekayaaannya selepas merangkul 23 gelaran perseorangan grand slam.
Mereka dilaporkan akan menyumbang kepada konsortium Martin Broughton dan mereka sentiasa berhubung, demikian dedah Hamilton mengenai prospek untuk memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Walaupun Hamilton merupakan peminat Arsenal, dia menganggap cita-cita ahli perniagaan, Broughton, untuk membawa Chelsea adalah sangat menarik dan seiring dengan nilainya.
Sehubungan itu, pengurus The Blues tersebut berkata: "Saya saya baru mendapat taklimat dan mendengarnya.
"Saya mengagumi mereka berdua. Mereka adalah personaliti yang hebat baik di atas gelanggang dan litar lumba.
"Mereka merupakan tokoh sukan yang cemerlang atas apa yang mereka lakukan, ia amat saya hormati tetapi saya langsung tidak mempunyai sebarang pandangan tentang peranan yang mereka mainkan ketika ini."
Pemilik lama kelab London itu, Roman Abramovich -- yang dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine -- mengumumkan hasratnya untuk menjual kelab EPL berkenaan pada awal bulan lalu.

This weekend's #AstroEPL action includes Arsenal vs Manchester United, Merseyside Derby, South Coast Derby and two London derbies! Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/Rpk6Xoy7k2

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) April 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;