Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel puji Rudiger, pertahanan Chelsea selepas atasi Leicester

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antonio-rudiger-chelsea.jpg
LEICESTER CITY 0 CHELSEA 3

Thomas Tuchel menegaskan bahawa semua orang di Chelsea mahu Antonio Rudiger dikekalkan selepas pasukannya menewaskan Leicester City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam tadi.

Rudiger membuka jaringan buat The Blues -- gol keempat pertahanan tengah itu ke atas The Foxes dalam EPL.

N'Golo kante kemudian turut membolosi gawang bekas pasukannya berselang 14 minit sebelum pemain gantian, Christian Pulisic, menjaringkan gol ketiga Chelsea untuk pasukan itu merakamkan kemenangan tanpa bolos di gelanggang lawan buat kali keempat berturut-turut -- kali pertama dilakukan mereka sejak Disember 2008.

Gembira dengan usaha dan prestasi keseluruhan pasukannya ketika bertahan, Tuchel memuji barisan pertahanannya sambil memberikan perkembangan mengenai masa depan Rudiger.
 
"(Rudiger) amat cemerlang sejak perlawanan pertamanya dan prestasi pertahanan kami sentiasa kuat, mereka layak mendapatkan pujian," kata Tuchel kepada BT Sport selepas perlawanan itu.

"Mereka melakukan banyak tugas-tugas ampuh, mereka melindungi sesama sendiri di bahagian belakang dan mereka berani untuk ke depan apabila kami mahu memberikan ancaman dalam gerakan set-piece.

"Semua orang mahu dia kekal. Dia amat bijak dan agak jelas mengenainya tetapi adakalanya ada kelewatan dalam melakukan beberapa perkara.

"Saya fikir kami berada di pihak yang sama. Dia sedar dia sedang bermain bersama kelab yang hebat dalam liga yang hebat.

"Dia seorang pesaing yang hebat dan jika dia ada sedikit kesabaran, harap-harap kami dapat menjadikannya kenyataan," katanya.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video