Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Tuchel optimis Neymar turun bertemu Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar.jpg
Thomas Tuchel menegaskan Neymar bakal bersedia untuk diturunkan berdepan Manchester United selepas bintang Paris Saint-Germain (PSG) direhatkan berdepan Nimes.

Neymar diketepikan ketika PSG menang 4-0 di Nimes dengan Kylian Mbappe meledak dua gol Jumaat lalu.

Pertembungan Ligue 1 itu hadir selepas Neymar menjaringkan hatrik Peru dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Lima untuk melintasi Ronaldo di tempat kedua penjaring terbanyak buat Brazil.

Tuchel berkata dia mengambil keputusan untuk merehatkan penyerang itu dan menjangkakan Neymar kembali apabila PSG kembali dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Manchester United awal pagi Rabu ini.

"Ney tidak memiliki sebarang isu, kami telah berbincang sama seperti saya lakukan bersama Kylian," katanya.

"Kami telah berbincang dan saya mengambil keputusan untuk merehatkannya. Dia akan bersama kami esok, akan berlatih dan bersedia untuk berdepan Manchester United.

"Dia akan kembali ke padang, sudah pasti."
 
 

Advertisement

Must Watch Video