Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Tuchel janji peranan buat Kepa

kepa.jpg
Thomas Tuchel menyersu Kepa Arrizabalaga agar tidak terlalu banyak menekan dirinya sendiri tatkala dia berusaha untuk memanfaatkan "permulaan baru di Chelsea" di bawah kendalian pengurus Jerman itu.

Kepa muncul penjaga gol termahal di dunia ketika dia menyertai The Blues daripada kelab LaLiga, Athletic Bilbao, dengan harga £71.6 juta (RM400j) dua tahun lalu.

Namun, penampilan pemain berusia 26 tahun itu pada tahun lalu menyaksikan posisinya terancam dan kini dirampas oleh Edouard Mendy yang ditandatangani daripada Rennes, September lalu.

Kepa telah memulakan perlawanan Piala FA musim ini, lantas Tuchel mengesahkan dia akan sekali lagi menjadi pilihan utama untuk pertembungan pusingan kelima di Barnsley, awal pagi esok. 

Tuchel, yang melakar tiga kemenangan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menggantikan Frank Lampard bulan lalu, mencabar pemain Sepanyol itu agar melupakan pergelutannya di England dan akan mendapat nafas baru di bawah pengawasannya.

"Kami memiliki pandangan tertentu tentang keadaan dan beberapa kesulitannya daripada segi kesukanan," kata bekas pengurus PSG itu.

 

"Mungkin juga situasi perpindahannya membebankannya. Perkara terbaik buat dirinya sendiri ialah membuat permulaan baru kerana saya tidak mempunyai sejarah dengannya.

"Ini adalah posisi istimewa. Sekiranya anda melakukan kesilapan, semua orang melihatnya dan membincangkannya jadi pemain memerlukan kekuatan dan kualiti mental yang tinggi.

"Saya melihat perkara ini terhadap ketiga-tiga penjaga gol kami. Saya benar-benar percaya Kepa mampu mengatasinya.

"Ini adalah peluang buatnya (menentang Barnsley) dan mudah-mudahan dia tidak perlu berlebihan. Saya mahu dia beraksi seperti biasa. Dia tidak perlu menunjukkan kepada saya atau orang lain bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi pemain nombor satu Sepanyol."

Finalis musim lalu itu berhasrat untuk merakamkan kemenangan pertama menentang Barnsley dalam kempen Piala FA memandangkan tewas kepada wakil dari Yorkshire berkenaan dalam dua pertemuan sebelum ini iaitu pada 1989 dan 2008.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video