Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel disebut-sebut pilihan ganti Nagelsmann di Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nagelsmann.jpg
Joao Cancelo terkejut dengan perkhabaran Bayern Munich telah memecat Julian Nagelsmann dan pertahanan itu meminta bakal pengendali baru, Thomas Tuchel, untuk membantunya memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

Bayern dilaporkan mengambil tindakan drastik dengan memecat Nagelsmann dan menggantikan pengurus berusia 35 tahun itu dengan bekas pengendali Chelsea, Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Tuchel.

Bayern mara ke suku akhir UCL dan mereka akan berhitung dengan kelab induk Cancelo, Manchester City, selain mengekori Dortmund di carta Bundesliga menerusi jurang satu mata.

Cancelo memulakan jaringan ketika Portugal menewaskan Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi sebelum dimaklumkan tentang khabar angin Nagelsmann bakal kehilangan jawatannya. 

"Saya tidak tahu. Saya sedikit terkejut," katanya kepada pemberita. 

 



“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nagelsmann, dia adalah orang yang mahukan khidmat saya di Bayern.

"Ia mengejutkan saya, selamat maju jaya buatnya."

Mengenai kemungkinan ketibaan Tuchel, Cancelo menambah: “Sebaik ketibaannya, saya akan cuba menyesuaikan konsep yang diterapkan pengurus baru dengan sebaik mungkin.

"Saya harap ia berjalan lancar kerana kami akan mengharungi banyak perlawanan penting.

"Kami akan memasuki fasa penentu musim ini dan Bayern adalah pasukan yang secara individu dan kolektif sentiasa bersedia untuk memenangi segalanya."

Bercakap kepada Sky Sport, Cancelo secara berseloroh berkata Tuchel 'berhutang' dengannya selepas Chelsea asuhannya menewaskan City dalam perlawanan akhir Liga UCL 2020-21.

“Dia membuatkan saya kalah dalam perlawanan akhir UCL jadi saya harap dia benarkan saya untuk menang pada tahun ini,” katanya. 

Advertisement

Must Watch Video