LIGA INGGERIS

Tuchel dedah Christensen mungkin sertai Barcelona musim depan

Ammar Hakim 09/03/2022 | 23:14 MYT
Thomas Tuchel mengetahui Andreas Christensen mungkin akan keluar dari Chelsea berikutan laporan yang dia akan menandatangani kontrak bersama Barcelona.
Tuchel mengakui bahawa Christensen mungkin sudah memutuskan untuk meninggalkan juara Eropah dan dunia itu untuk berhijrah penghujung musim ini, tetapi menjelaskan dia mahu pertahanan tengah berusia 25 tahun itu kekal.
Laporan semalam mencadangkan pemain pertahanan Denmark itu hampir bersetuju dengan tawaran Barca.
Bercakap pada sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Norwich City awal pagi esok, Tuchel berkata apabila ditanya mengenai masa depan Christensen: "Ia diragui, bukan?
“Kami mendengar khabar angin dan situasi dengan Andreas sudah jelas selama beberapa minggu dan kami tidak gembira mengenainya, kerana kami fikir yang terbaik untuk dia kekal dan kami sangat bergantung kepadanya.
“Dia tidak menandatangani kontrak baru sehingga sekarang, jadi kami perlu mempertimbangkan kemungkinan dia meninggalkan kami.
"Adakah kami akan menyukainya? Tidak. Adakah kami perlu menerima hakikat? Ya. Perkara-perkara tidak peribadi [dan] tidak sepatutnya menjadi peribadi, tetapi ini boleh berlaku dan saya tidak mempunyai maklumat lanjut."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;