LIGUE 1
Tuchel: Barisan muda PSG hebat dalam kejayaan Trophee des Champions
PSG 4 MONACO 0
Thomas Tuchel berterima kasih kepada barisan mentah Paris Saint-Germain (PSG) selepas merakamkan kemenangan memakau 4-0 ke atas AS Monaco dalam perebutan Trophee des Champions.
Angel Di Maria menjaringkan gol pertama dan terakhir buat PSG dalam aksi di China malam tadi sambil pemain muda, Christopher Nkunku dan Timothy Weah, turut mencetak nama selaku penjaring.
Iklan
Neymar turut membuat penampilan selama 14 minit selepas dimasukkan sebagai penggantian setelah menghabiskan cuti susulan kempen Piala Dunia 2018 sementara pertahanan kiri, Stanley N'Soki, membekalkan dua bantuan gol.
Justeru, Tuchel, yang menggantikan Unai Emery di Parc des Princes, gembira dengan pendekatan PSG untuk membenam seteru Ligue 1, Monaco, dalam keadaan sukar di Shenzhen.
"Kami sangat gembira," kata Tuchel kepada wartawan. "Saya sangat gembira kerana kami memenangi perlawanan sulung.
"Ia pencapaian yang hebat. Kami menang 4-0, ia luar biasa. Kami memang patut menang. Kami bermain sebagai sebuah pasukan dan saya menyukainya.
"Ini merupakan pasukan yang sangat muda dan keadaannya sangat menggembirakan. Cuaca sangat panas.
"Begitupun, kami bermain dengan intensiti tinggi dan kami bermain sebagai sebuah pasukan. Ini sesuatu yang bagus."
Kekalahan besar itu merupakan pengalaman yang sukar ditelan oleh Monaco dengan jurulatihnya, Leonardo Jardim, berasa pasukannya telah membuat permulaan yang garang sebelum tumpas kepada kualiti yang dimiliki PSG.
"Saya fikir ada dua bahagian dalam permainan ini. Sepanjang 30 minit babak pertama, ia adalah perlawanan yang seimbang, kami lebih teratur daripada lawan kami," kata Jardim.
"Tetapi, lawan kami berbakat besar dan mereka menjaringkan gol pertama. Dalam cuaca yang panas, kami kekurangan intensiti. Jadi, ia boleh diterima Paris lebih baik daripada kami."
"Seperti yang saya katakan, dalam tempoh 30 minit pertama, kami menunjukkan tenaga dan perpaduan, kami menampilkan permainan yang seimbang, namun Paris melakukan apa yang mereka mahu."
Must-Watch Video