UEL
Tuah Fenerbahce tamat di penentuan sepakan penalti
Perjuangan skuad kendalian Jose Mourinho seakan sia-sia selepas gagal memenangi aksi penentuan sepakan penalti untuk Rangers mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa.
Dalam aksi pertama pertemuan di antara dua pasukan ini menyaksikan Fenerbahce dibelasah 3-1 di halaman sendiri. Ahli pasukan Fenerbahce semangat kali ini untuk turun beraksi membalikkan defisit di laman Rangers dan mempamerkan aksi yang meyakinkan dan agresif.
Babak pertama yang hambar bertukar menjadi meriah selepas Sebastian Szymanski menjaringkan gol seminit sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan. Pemain kelahiran Poland itu sekaligus menyamakan kedudukan defisit kepada 3-3 selepas sekali lagi menjadi wira pasukan di minit yang ke-72 perlawanan.
Iklan
Aksi 90 minit itu dibawa ke masa tambahan namun, kedua-dua pasukan gagal mencatat gol sekali gus memaksa kedua-dua pasukan ke penentuan sepakan penalti.
Tuah Fenerbahce tamat serta merta selepas penjaga gawang Rangers, Jack Butland cemerland menepis sepakan Dusan Tadic. Namun, Ifran Can Egribayar juga cemerlang menepis sepakan daripada pemain jersi nombor 30 Rangers, Ianis Hagi.
Butland sekali lagi menjadi wira selepas menepis sepakan penalti keempat Fenerbahce meletakkan pasukan di kedudukan yang selesa. Selepas itu, Fenerbahce dibelenggu mimpi gelap apabila sepakan penalti terakhir pasukan menerusi Mert Hakan Yandas tersasar jauh daripada gawang.
Rangers sekaligus menang 3-2 dalam aksi penentuan sepakan penalti dan bakal bertemu Athletic Club di aksi suku akhir Liga Europa.
Must-Watch Video