Skip to main content

Bola Sepak

T-Team diberi tempoh sehingga Rabu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fb_img_1510917578723.jpg
Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bersetuju melanjutkan tarikh pengesahan penyertaan kepada T-Team sehingga Rabu depan berhubung status pasukan itu bagi saingan musim 2018.

T-Team dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan telah memohon kepada FMLPP kerana masih menunggu kata putus pihak kerajaan negeri sama ada kekal beraksi dalam Liga Super atau sebaliknya.

Menurut kenyataan itu juga, FMLLP memberi lampu hijau kepada T-Team sehingga selewat-lewatnya 22 November ini untuk mengesahkan penyertaan.

Pihak pengurusan T-Team juga tidak berdepan masalah mengemukakan dokumen yang diperlukan badan penganjur itu, malah telah mendapat lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Untuk rekod, Timbalan Presiden I, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, mengesahkan hanya satu pasukan dari Terengganu akan bertanding dalam Liga Super 2018.

Namun, Presiden PBSNT yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, kelmarin menyifatkan cadangan itu masih di peringkat awal dan belum membuat sebarang keputusan muktamad.

Kredit foto: T-Team FC

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video