Skip to main content

Bola Sepak

Trucha perjelas kesukaran dihadapi Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trucha.jpg
'Bukan malas, bukan pasif', jelas kesukaran dihadapi pasukan kendalian Kelantan United dan ketua jurulatih, Tomas Trucha, berhubung prestasi barisannya ketika gagal memperoleh kemenangan dalam aksi Liga Super bertemu Perak FC semalam.

Kegagalan memperoleh tiga mata penuh beraksi di laman sendiri amat mengecewakan, susulan kekalahan 1-0 dalam aksi pembukaan kepada Selangor FC sebelum dibenam 1-3 oleh Sabah FC.

Terbit rasa kecewa diluahkan Trucha, yang sebenarnya mengharap aksi yang lebih kemas dari anak buahnya semalam.

Tiada guna mendominasi aksi di awal babak selain tiga percubaan hampir dalam hujung separuh masa kedua jika tiada jaringan terhasil yang sepatutnya mampu membawa kemenangan pertama Kelantan United di laman sendiri.



Sementara itu, ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim, menuruti permintaan agar menegur struktur padang Stadium Sultan Muhammad ke-4.

Di sebalik keputusan seri, Teong Kim berlapang dada dengan satu mata yang diperoleh di Kota Bharu.

Teong kim menegaskan tidak banyak perkara yang mampu dilakukan dia bersama pemain, dengan merujuk kepada keadaan padang yang begitu teruk.

Apa yang disuarakan Teong Kim bukan hanya daripada pemerhatiannya malah difahamkan, ada seseorang yang meminta Teong Kim untuk menyuarakan isu itu dalam sidang media semalam.

"Saya tidak memberikan alasan. Ini satu kenyataan dan anda semua boleh melihat permukaan padang itu," ujar Teong Kim.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video