Skip to main content

Bola Sepak

Trucha masih belum mahu dedah identiti dua pemain import Penang FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trucha.jpg
Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, memilih untuk kekal berahsia mengenai kuota pemain impoart ASEAN pasukannya biarpun sedang hangat dikaitkan dengan pemain kebangsaan Filipina, Christian Rontini.

Pengendali kelahiran Republik Czech itu menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan Penang FC untuk mengumumkan perkara berkenaan, yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pasukan Harimau Kumbang itu juga dilaporkan sedang melamar Hilal Bassam El Helwe -- pemain kelahiran Jerman yang memiliki kerakyatan Lubnan -- untuk mengisi kuota pemain import Asia tetapi masih belum ada perkembangan rasmi setakat ini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, jurulatih berusia 50 tahun itu berkata: "Sepanjang ini, sejak November lalu, saya mungkin telah menyenaraikan 100 pemain, jadi saya tidak dapat katakan pemain mana yang sedang berada dalam radar kami.

"Tetapi ia sentiasa bergantung kepada sama ada pemain itu mahu menerima tawaran kami atau tidak dan sama ada kamu mahukan pemain itu atau tidak.

"Saya jurulatih dan tugas saya hanya di atas padang, jadi ia terpulang kepada pihak pengurusan untuk memaklumkannya kepada anda," katanya.

Setakat ini, hanya dua kuota itu masih belum diisi skuad Penang FC musim ini.

Dalam masa sama, Trucha tidak dapat menjamin kedudukan tiga teratas Liga Super musim ini biarpun berhasil melakukannya musim lalu.

Baginya, perubahan hampir keseluruhan barisan pemainnya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan keserasian.

"Kami perlu mencari kombinasi yang sesuai di antara pemain import dan pemain tempatan.

"Ia sesuatu yang berbeza berbanding musim lalu kerana sebelum ini lebih ramai pemain daripada musim yang sebelumnya.

"Kami sedang membina sebuah pasukan baru, jadi masih terlalu awal untuk saya mengatakan akan ada perubahan daripada segi formasi atau taktikal," katanya lagi.


*Kredit foto: Penang FC
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video