LIGUE 1
Troyes pastikan PSG kempunan dalam tiga perlawanan
PSG 2 TROYES 2
Mauricio Pochettino merungut mengenai kesilapan pertahanan yang menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG) mensia-siakan kelebihan 2-0 untuk seri 2-2 dalam satu persembahan Ligue 1 yang mengecewakan dengan Troyes, awal pagi tadi.
Jaguh domestik itu mendahului 2-0 seawal 25 minit di Parc des Princes selepas Marquinhos dan Neymar mencetak jaringan tetapi kesilapan hantaran Nuno Mendes membolehkan Ike Ugbo merapati jurang sebelum Florian Tardieu menyumbat sepakan penalti dalam separuh masa kedua.
Iklan
Tardieu bertindak berani untuk menghukum kesilapan Presnel Kimpembe dengan memperdayakan penjaga gol, Keylor Navas, menerusi teknik Panenka untuk memastikan mereka berkongsi mata.
Keputusan seri itu bermakna buat julung kalinya PSG mendahului dengan dua gol dalam perlawanan Ligue 1 di tempat sendiri tetapi masih gagal untuk menang sejak seri 2-2 dengan Caen pada Februari 2015.
Gergasi Paris itu turut dicemuh penyokong mereka sendiri sejurus wisel penamat selepas perlu bangkit daripada ketinggalan 1-3 untuk seri 3-3 di Strasbourg -- sekali gus ketandusan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.
⌛️ FULL-TIME: @PSG_English 2-2 Troyes⚽️?? @marquinhos_m5?? @neymarjrOne point each tonight.#???????? pic.twitter.com/WwmWLSIsIa— Paris Saint-Germain (@PSG_English) May 8, 2022
Pochettino -- yang berdepan tekanan memuncak di ibu negara Perancis itu meskipun PSG memenangi menjulang gelaran liga -- merumuskan barisan pemainnya bernasib malang apabila gagal mengesahkan kemenangan malah sepatutnya dihadiahkan penalti apabila Achraf Hakimi kelihatan diasak sejurus selepas rehat.
“Kami memulakan perlawanan dengan baik kemudian kami melakukan dua kesilapan yang menyebabkan kami kehilangan dua gol,” katanya selepas perlawanan itu.
“Saya rasa kami masih mencipta lebih banyak peluang berbanding Troyes.
"Kami berhak meraih tuah yang lebih baik pada malam ini. Kami mungkin sudah kurang tertekan dalam kejohanan ini. Objektif kami untuk memenangi kejuaraan ini sudah selesai. Ketika ini kami perlu menghormati pertandingan ini dan saya fikir kami telah melakukannya.
"Saya rasa ia keputusan ini tidak adil. Hakimi telah dikasari di kotak penalti lawan. Pihak lawan pastinya berfikir sebaliknya tetapi itulah pendapat saya."
Must-Watch Video