Skip to main content

Bola Sepak

Trippier: Atletico memang berhasrat kecewakan Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atleticomadrid-cropped_1gtnvm2rfsn6o15wj53qgx8dxd.jpg
Kieran Trippier menjelaskan Atletico Madrid sememangnya mahu mengecewakan Liverpool sebelum mereka mencatat kemenangan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

Memiliki kelebihan 1-0 menuju aksi timbal balik, Atletico diheret ke masa tambahan setelah The Reds meraih gol penyamaan menerusi tandukan Georginio Wijnaldum dalam babak pertama.

Roberto Firmino menyumbat gol kedua untuk meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu di landasan terbaik ke suku akhir tetapi dua jaringan Marcos Llorente dari luar kotak penalti dan satu ledakan penyerang gantian, Alvaro Morata, memastikan kemenangan 3-2 buat anak buah Diego Simeone.

Aspek pertahanan ampuh jelas menjadi faktor utama Atletico sambil ditambah persembahan cemerlang penjaga gol, Jan Oblak.

"Kami tahu ia akan jadi sangat sukar walaupun mendahului. Liverpool adalah pasukan yang hebat," katanya.

"Kami perlu bertahan dengan baik, mengekalkan persembahan dan mengecewakan Liverpool.

"Kami tahu ada peluang untuk mengekang tekanan yang dicipta Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah.

"Kami berusaha dan mencatat kemenangan. Peluang akan tiba dan ia tentang ketajaman penyudah dalam situasi seperti ini."

Kemenangan itu juga menyaksikan Simeone mencuri tumpuan di tepi padang dengan aksinya meraikan kejayaan itu.

"Kami tidak putus asa. Corak permainan ini adalah gaya latihan kami," tambah Trippier.

"Anda lihat Simeone di tepi padang. Dia seperti dalam sesi latihan."

"Selepas musim lalu, saya sedar perlu lakukan perubahan.

"Saya gembira dengan waktu di sini, mempelajari perkara baru setiap hari. Saya harap dapat berada di sini dalam tempoh lama."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video