WWE
Triple H ahli gusti kegemaran saya -- Kyle Walker
Pertahanan AC Milan, Kyle Walker, berkongsi ahli gusti WWE kegemarannya.
Umum mengetahui, Walker, cukup terkenal di kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City.
Bermain di bawah pimpinan Pep Guardiola, Walker mencipta nama sebagai salah seorang pemain terbaik England apabila berjaya memenangi banyak gelaran liga, termasuk treble serta memintas rekod hatrik Manchester United apabila City meraih kemenangan liga keempat berturut-turut musim lalu.
Kini dipinjamkan bersama kelab gergasi Itali, Milan, Walker, dalam usaha untuk membantu pasukan itu kembali menemui zaman kegemilangannya.
Menerusi siaran yang dimuat naik Fabrizio Romano, Walker berkongsi ahli gusti kegemarannya.
"Triple H memenangi kesemuanya dalam WWE jadi dia adalah ahli gusti kegemaran saya.."
"Setiap kali turun ke gelanggang, dia akan membuat penampilan dengan air jadi saya mula melakukannya sejak berusia 16 tahun dan berterusan sepanjang karier saya."