Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mengesahkan Luke Shaw, Ashley Young dan Marcos Rojo akan terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.
Ketiga-tiga pemain turut bersama skuad United dalam jelajah pra-musim ke Amerika Syarika, tetapi mereka meneruskan proses rehabilitasi.
Shaw mengalami kecederaan ligamen ketika bertemu Swansea City pada Mei, Rojo terpaksa direhatkan kerana kecederaan ligamen lutut ketika beraksi berdepan Anderlecht dalam suku akhir Liga Europa (UEL) manakala masalah pangkal paha mengetepikan Young ketika bertemu Celta Vigo (separuh akhir UEL).
Mourinho berpuas hati dengan perkembangan yang dipamerkan oleh ketiga-tiga pemain tetapi menegaskan, "Mereka tidak akan berpeluang untuk beraksi pada permulaan musim 2017-18.
"Shaw dijangkan pulih pada September, Young pada Oktober dan Rojo mungkin pulih pada Disember.
"Walaupun masih melalui proses pemulihan, kehadiran mereka di dalam pasukan sangat penting buat United."