CARDIFF CITY 2 CRYSTAL PALACE 3
Neil Warnock berkata dia tidak boleh menyalahkan pemain Cardiff City selepas mereka tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris sambil mengakui penyingkiran itu turut didorongi tragedi kematian Emiliano Sala.
Cardiff bersetuju untuk mengikat perjanjian dengan Nantes untuk mendatangkan Sala dengan rekod yuran pembelian tertinggi kelab itu, Januari lalu, namun pemain kelahiran Argentina itu terbunuh pada usia 28 tahun selepas pesawat ringan yang dinaikinya terhempas ke dasar Selat Inggeris, hanya dua hari selepas perpindahannya diumumkan.
Kekalahan 2-3 kepada Crystal Palace, malam tadi meranapkan impian Cardiff untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim depan dan pengurus pasukan, Warnock, berkata dalam sidang media: "Kami kehilangan penjaring gol.
"Seseorang bertanyakan kepada saya mengenai Emiliano, namun saya berasakan ia juga boleh diletakkan sebagai perspektif.
"Kami tersingkir. Pemain muda itu kehilangan nyawanya."
Dengan memberikan respons ketika diminta mengulas mengenai tragedi itu, Warnock menambah: "Jelas, ia amat sukar.
"Ia sesuatu yang tidak dijangka.
"Saya berharap Emiliano dapat bersama kami kerana saya percaya dia mampu untuk menjaringkan 10 gol.
"Namun, saya tidak boleh menyalahkan pemain saya kerana mereka telah memberikan segala-galanya."
Warnock tidak dapat mengesahkan masa depannya bersama Cardiff dengan menjelaskan dia akan mengadakan perbincangan dengan pihak atasan kelab itu dalam beberapa minggu lagi.
Bagaimanapun, pengurus berusia 70 tahun itu berkata: "Saya akan bekerja tahun depan.
"Saya akan menghabiskan tempoh setahun di satu tempat.
"Saya tidak sabar untuk menghadapi cabaran itu.
"Jika tiada dorongan, saya tidak akan melakukannya, namun saya telah mendapat dorongan."
Sebahagian besar penyokong Cardiff kekal di tempat duduk penyokong dan memberikan tepukan selepas wisel penamat dibunyikan sebagai penghargaan buat barisan pemain dan pegawai The Bluebirds dalam aksi terakhir di gelanggang sendiri itu.
"Saya tidak pernah melihat pasukan yang tersingkir mendapat sokongan seperti itu.
"Ia bergema dan ia mungkin pekerjaan terbaik saya untuk melakukan apa yang telah saya lakukan untuk kelab ini.
"Kami mengatasi banyak perkara dan mengekalkan kesepakatan dalam pasukan ini.
"Saya berasa amat bangga," tambahnya.
Pengendali Palace, Roy Hodgson, gembira terhadap usaha yang dilakukan pasukannya dengan jaringan daripada Wilfried Zaha, Michy Batshuayi dan Andros Townsend menebus gol sendiri Martin Kelly selain jaringan sagu hati Martin Reid pada lewat permainan.
Hodgson berkata dalam sidang media: "Cardiff telah memberikan tentangan dalam setiap perlawanan sepanjang musim ini, jadi kami sedar mereka tidak akan memberikan kami apa-apa dan kami perlu berjuang dan bekerja keras untuk menyudahkan setiap peluang.
"Kami menyaingi mereka dan menunjukkan kualiti yang diperlukan," katanya.