Cardiff City mendedahkan kebimbangan serius tentang lesen juruterbang, David Ibbotson, dan status penerbangan yang membawa Emiliano Sala berhubung laporan awal yang dikeluarkan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom.
Ibbotson dan Sala dalam penerbangan dari Nantes ke Cardiff dengan menaiki pesawat ringan Piper Malibu yang didapati hilang di Selat Inggeris pada 21 Januari lalu.
Mayat Sala kemudian ditemui bersama bangkai pesawat malang itu di dasar Selat Inggeris dengan bantuan kontraktor pakar.
Dia didapati menginggal dunia ekoran kecederaan di kepala dan tengkuk dan mayat Ibbotson, bagaimanapun, masih belum ditemui sehingga kini.
AAIB menyiasat keadaan yang melanda penerbangan itu dan mengeluarkan laporan awal dengan memperincikan fokus mereka, malam tadi.
Rumusan awal mendapati pesawat itu didaftarkan di Amerika Syarikat (AS), namun tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran. Tidak ada sebarang bukti mengenai kebenaran itu dikemukakan, namun masih belum jelas sama ada penerbangan itu dijalankan bagi mengurangkan kos bersama.
AAIB turut mendedahkan buku log dan lesen Ibbotson tidak ditemui dalam pesawat itu dan penarafan dan kesahihan terhadap lesen itu masih berlum dapat dipastikan.
Dengan masih menunggu laporan penuh mengenai tragedi itu, Cardiff mengeluarkan satu kenyataan.
"Kelab ini menyedari tentang penerbitan buletin khas yang dikeluarkan AAIB hari ini mengenai kehilangan pesawat ringan Piper Malibu yang membawa Emiliano Sala.
"Kami berdepan kebimbangan serius dengan persoalan tentang status lesen juruterbang berkenaan untuk merintis perjalanan seperti itu seperti yang didedahkan dalam buletin tersebut.
"Kami juga bimbang untuk mengetahui bahawa penerbangan itu melibatkan pesawat yang tidak memenuhi piawaian UK CAA atau US FAA untuk aktiviti komersial dan mungkin beroperasi secara haram.
"Kami mengalu-alukan siasatan mendalam mengenai nahas itu untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan memastikan perubahan dapat dilakukan agar perkara seperti itu tidak berulang."
Caridiff menandatangani Sala daripada Nantes dengan rekod perpindahan termahal kelab itu bulan lalu.