Tottenham bersedia untuk memastikan James Maddison cergas untuk bertandang ke Bournemouth malam ini tetapi pengurus, Ange Postecoglou, memberi amaran pemain di bangku simpanan agar sedia mengambil kesempatan.
Semalam, Maddison berlatih buat kali pertama pada minggu ini selepas terlepas beberapa sesi akibat masalah pergelangan kaki yang dialami dalam kemenangan mengagumkan 2-0 ke atas Manchester United, hujung minggu lalu.
Spurs setakat ini telah menurunkan 18 pemain untuk dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini tetapi dijangka menghadapi sibuk dalam minggu terakhir jendela perpindahan ini.
Mereka bercadang melepaskan bekas ketua pasukan, Hugo Lloris, Djed Spence, Eric Dier, Japhet Tanganga, Sergio Reguilon dan Tanguy Ndombele, manakala Davinson Sanchez, Pierre-Emile Hojbjerg dan Bryan Gil dibenarkan mencari hala tuju baru jika menerima tawaran yang sesuai.
Pemain muda, Alfie Devine dan Troy Parrott, masing-masing dipinjamkan ke Port Vale dan Excelsior Rotterdam dalam tempoh 24 jam yang lalu, namun Tottenham masih mempunyai 31 pemain berusia 21 tahun ke atas sedangkan perlu menyerahkan senarai 25 pemain untuk didaftarkan bagi kempen EPL pada tarik akhirnya, 13 September depan.
"Secara matematiknya kami mempunyai terlalu ramai pemain," jelasnya.
"Kami akan memuktamadkan senarai pemain sebaik melepaskan beberapa pemain jadi saya pasti keadaan akan berubah.
"Mulai sekarang hingga ke penghujung jendela perpindahan pemain ini, saya pasti akan ada aktiviti pemain keluar dan masuk."