Tottenham atasi tekanan hebat kembali ke puncak EPL

Shaiful Shamsudin
Oktober 24, 2023 10:30 MYT
TOTTENHAM 2 FULHAM 0
Ange Postecoglou memuji kemenangan 2-0 Tottenham ke atas Fulham di sebalik tekanan luar biasa yang dihadapi untuk merampas puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jaringan Son Heung-min dan James Maddison mengesahkan tiga mata untuk tuan rumah di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi. Malah, Postecoglou turut memuji sumbangan Pierre-Emile Hojbjerg yang mengisi tempat Yves Bissouma yang digantung.
“Saya fikir tekanan yang kami hadapi sepanjang permainan adalah luar biasa dan mungkin dalam separuh masa pertama, kami patut menceta satu atau dua gol lagi untuk meletakkan permainan dalam kedudukan selesa,” kata pengurus itu.
“Saya fikir Pierre beraksi bagus dalam setiap perlawanan dan dia telah diletakkan dalam beberapa situasi sukar tetapi mampu mengendalikannya dengan baik, dia cukup berpengalaman.

? “It was a good win. The boys worked hard, I thought our work without the ball was outstanding as it has been all year….” The Gaffer speaks after #TOTFUL ⤵️ pic.twitter.com/b1Uyyt2wHp

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya fikir separuh masa pertama khususnya, kami kekal tenang mengawal bola dan mempunyai tempo yang baik. Saya fikir tekanan yang dihadapi kami sepanjang perlawanan ini cukup luar biasa dan saya fikir dia adalah sebahagian besar puncanya.
“Dia membuat pemintasan untuk kedua-dua gol itu dan ya, hantarannya juga penting. Pengalamannya sangat berguna kerana Bissouma juga sosok penting buat kami dan dalam peranan yang begitu penting sebegini, saya fikir dia telah beraksi dengan sangat baik.”
#Tottenham #Ange Postecoglou #Fulham #EPL
;