Toni Kroos beri bayangan baru masa depan di Real Madrid

Shaiful Shamsudin
April 19, 2023 06:08 MYT
Toni Kroos berada di landasan yang tepat untuk memeterai perjanjian baharu dengan Real Madrid.
Kontrak bekas pemain tengah Jerman itu bersama Los Blancos tamat akhir musim ini selain telah menyatakan kesediaan untuk bersara pada tahun ini.
Kroos menyertai Madrid daripada Bayern Munich pada 2014 dan telah memainkan peranan besar dalam kejayaan mereka sepanjang tempoh di kelab itu.
Pemain berusia 33 tahun tersebut kemudian mengubah fikiran apabila mencadangkan bersedia untuk melanjutkan tempoh kontraknya di ibu negara Sepanyol itu.
Dia memberitahu wartawan: "Segalanya berada di landasan yang tepat tetapi saya juga menghormati apa yang kelab mahukan: bagaimana dan bila ia akan berkomunikasi.
"Wujud hubungan baik di antara saya dengan kelab ini selama ini dan isu ini telah pun dibincangkan buat sementara waktu."

successful london trip! pic.twitter.com/y64Yxklw6s

— Toni Kroos (@ToniKroos) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kroos menambah: "Terdapat kepercayaan mutlak di antara kedua-dua pihak. Kelab sedar dari awal lagi bahawa saya tidak akan bertindak bodoh.
"Secara teorinya, saya sudah boleh mengikat perjanjian dengan kelab lain dari 1 Januari lalu lagi tetapi kami langsung tidak menimbulkan cerita karut mengenainya.
"Wujud kepercayaan tinggi. Saya berkemungkinan besar akan kekal begitu buat seketika."
#Toni Kroos #LaLiga #Real Madrid,
;