Toni Kroos masih belum memutuskan mengenai kontrak barunya bersama Real Madrid, tetapi pemain tengah itu tetap tenang berhubung rundingan dengan Los Blancos.
Kroos membarisi kesebelasan Madrid ketika merangkul gelaran Piala Dunia Kelab yang kelima selepas Vinicius Junior dan Federico Valverde masing-masing menyumbangkan dua gol dalam kemenangan mendebarkan 5-3 ke atas Al Hilal, semalam.
Walaupun Kroos kekal sebagai tonggak utama apabila muncul dalam 17 daripada 20 perlawanan LaLiga musim ini, dia masih belum memuktamadkan perjanjian barunya di Santiago Bernabeu yang akan tamat akhir musim ini.
Laporan Disember lalu mencadangkan Kroos akan membuat keputusan mengenai hala tujunya pada bulan ini, tetapi bekas pemain antarabangsa Jerman itu mengakui masih mempertimbangkan masa depannya.
“Ada perkara berbeza yang anda perlu fikirkan jika saya sebelum menyambung kontrak atau tidak,” katanya selepas kemenangan itu.
"Saya sedang memikirkannya.
“Ia tidak akan mengambil masa beberapa bulan tetapi saya masih belum mencapai sebarang keputusan.
"Kami sangat tenang dan hubungan di antara kelab dan saya sendiri bukanlah satu perkara yang karut.
"Saya sangat tenang."

?? @ToniKroos #W8RLDCHAMPIONS pic.twitter.com/791WDKiNUm
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) February 12, 2023