Skip to main content

Bola Sepak

Tonggak Indonesia, Penang rekrut terbaru, Brunei semakin serius hadapi Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dpmm.jpg
Berita Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) semakin tersebar luas menyertai kancah Liga Super selepas kali terakhir di Malaysia ialah sekitar 17 tahun lalu pada 2008. 

Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada pihak berwajib terutamanya Liga Bolasepak Malaysia (MFL), namun juara Piala Malaysia 1999 itu sedang mengatur langkah mempersiap pasukan mengharungi musim baharu itu. 

Sekiranya terjadi, kelab tersebut akan meninggalkan Liga Perdana Singapura (SPL) dan akan kembali mewarnai liga utama negara. 

 

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, DPMM sah menandatangani bekas pertahanan Penang, Fairuz Zakaria, sebagai pemain baru dengan alasan kukuh akan menghadapi aksi Liga Super. 

Lebih menarik, kemasukan Fairuz dianggap sebagai pemain tempatan dan bukannya memenuhi kuota import. 

Difahamkan, skuad kendalian Jamie McAllister turut merekrut pemain kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta, yang akan menggalas tugas selaku penyerang dan akan bergandingan bersama ketua pasukan, Azwan Ali Rahman.  

Advertisement

Must Watch Video