Skip to main content

Bola Sepak

Tonggak ASEAN All-Stars lebarkan karier ke England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adrian-segecic.jpg
Pemain yang membintangi ASEAN All-Stars ketika menentang Manchester United dalam Maybank Challenge Cup bulan lalu, Adrian Segecic, berkelana ke Eropah dengan menyertai Liga Kejuaraan Inggeris (EFL), Portsmouth. 

Pemain berusia 21 tahun yang meledak 18 gol bersama Sydney FC dalam Liga Australia itu memeterai kontrak selama tiga tahun, sekali gus menjadi pemain pertama di pancing Portsmouth dalam perpindahan musim panas ini. 

Pemain keturunan Austalia-Crotia itu, bagaimanapun, belum berkesempatan membuat kemunculan dengan Socceroos dan akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Sydney, Jacob Farrell, Tom Waddingham serta Hayden Matthews.

Perpindahan ini menyalakan semula impiannya untuk mengembangkan karier dalam kancah di Eropah selepas menjalani uji bakat dengan Ajax, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Rangers.

 

Advertisement

Must Watch Video