Skip to main content

Bola Sepak

Tomas Trucha tuntut pemain di bangku simpanan Kelantan United FC lebih bersedia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomas-trucha.jpg
Mutu persembahan Kelantan United FC ketika perlawanan menentang Perak FC dalam Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, petang semalam, tidak mencapai kehendak pengendali Sang Kijang Hijau selepas mereka seri tanpa jaringan. 

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha, mengakui perkara itu dan mengharapkan anak buahnya menukar momentum permainan selepas tiga pemain dari bangku simpanan iaitu Nik Azli Alias (26), Ernist Batyrkanov (9) dan Royizzat Daud (16) dibawa masuk dalam separuh masa kedua.

“Tujuan saya menukar mereka ini supaya aksi dapat dipertingkatkan dengan lebih baik, namun mereka tidak seperti yang diharapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan yang mengikat kedua-dua pasukan tanpa sebarang gol.




Menurutnya, kesemua pemain berpotensi menjaringkan gol selepas minit ke-78 kerana berjaya mencipta beberapa peluang, namun mereka gagal mendapatkan penyudah yang cemerlang bagi meraih kemenangan.

“Selama 25 minit babak separuh masa kedua, kami lebih banyak mengawal bola, mencipta tiga peluang melalui sepakan sudut dan hantaran silang tetapi masih tidak gol.

“Pada masa sama pemain dapat mengekalkan benteng pertahanan dan sepatutnya mereka manfaatkan peluang ketika lawan semakin kepenatan,” katanya.



Trucha akan bekerja lebih keras bagi meraih tiga mata dalam perlawanan seterusnya termasuk melibatkan persiapan mental dan meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemainnya.

Kelantan United memulakan aksi pada musim ini dengan kekalahan 0-1 kepada Selangor FC sebelum dibenam 1-3 oleh Sabah FC.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video