Skip to main content

Bola Sepak

Tomas Trucha sedar berdepan cabaran besar bersama Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomas-trucha-kelantan-united.jpg
Ketua jurulatih Kelantan United, Tomas Trucha, mengakui berdepan cabaran besar membimbing pasukan itu bagi saingan awal Liga Malaysia 2022.

Menjelang sepak mula Liga Super hujung bulan ini, bekas pengendali Penang FC itu sedang sibuk merencanakan program dan taktikal tersendiri memandangkan penjadualan musim ini menyaksikan mereka akan kerap beraksi di gelanggang lawan pada awal saingan.

Selain itu, mereka turut dijadualkan untuk bertemu Sabah FC dalam pusingan 16 Piala FA.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Trucha berkata: "Cabaran buat kami adalah kami banyak perlawanan di tempat lawan pada awal saingan, jadi cabaran pertama adalah berkaitan logistik dan yang kedua, Sabah adalah sebuah pasukan yang sukar untuk dihadapi.

"Kemudian kami akan bertemu mereka dalam pusingan kedua Piala FA, juga di Sabah.

"Piala FA sudah pasti berbeza dengan saingan liga kerana liga merupakan perlumbaan maraton tetapi Piala FA hanya 90 minit.

"Peluangnya terbuka buat kedua-dua pasukan dan kami akan turun selaku pasukan bukan pilihan tetapi saya yakin kami mampu memberikan cabaran dan melakukan kejutan," katanya.

Sebagai rekod, Kelantan United akan memulakan saingan Liga Super 2023 degan bertandang ke laman Selangor FC pada 26 Februari ini sebelum berkunjung ke Sabah bagi perlawanan kedua tiga hari kemudian.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video