Skip to main content

Bola Sepak

Tolonglah 'break' rekod ini -- Tunku Ismail

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-2023.jpg
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terbuka melihat pasukan lain memecahkan rekod yang telah mereka pegang ketika ini. 

JDT melengkapkan 'quadruple' berganda apabila menjulang Piala Malaysia mengatasi Terengganu awal bulan ini.

Menjuarai empat gelaran dalam tempoh dua musim berturut-turut merupakan sesuatu yang tidak pernah dicapai mana-mana pasukan. 



Menerusi akaun instagram, baginda, berkata, "Tolonglah break rekod ini. Presiden FAM orang Selangor, Exco majoriti termasuk Datuk Shahril orang Selangor dan dalam FAS, Head of Referee Dato Sundra orang Selangor. Raja muda Selangor 45 juta setahun. Kerajaan bantu dan lapan tahun masih tiada piala. 

"Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua Piala. Kalau tak, tak merasa. Jadi nasihat saya, kepada yang ada ada, fokus kepada kelab sendiri dan cukup cukuplah nak perbandingan, tuduh sini sana tak berhenti henti. 

"Kami dah terlampau jauh dengan rekod-rekod yang kami pecahkan dan mencipta rekod yang baru. Ingatlah wahai sahabatku, Allah sentiasaa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar. Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan tetapi telah dirancang oleh Yang Maha Esa. When you have good intention, you are always Blessed."

JDT Juara Piala Malaysia 2023

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video