LIGA SUPER MSIA

Tok Gajah cari ramuan baru

Stadium Astro
Ariez Danysh
11/04/2025
13:05 MYT
Sponsor Banner
Tok Gajah cari ramuan baru
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, berkata baki dua perlawanan Liga Super bertemu Perak serta melayani kunjungan Penang di Temerloh bakal jadi kayu pengukur buat skuad Tok Gajah yang bakal mengharungi tugas sukar getir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April depan menentang juara bertahan Unifi Piala Malaysia 2024/25, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Fandi gesa anak buahnya tidak mengambil mudah cabaran Sang Seladang meskipun fokus mereka kini terarah kepada persiapan rapi menjelang final Unifi Piala Malaysia, dua minggu lalu.
"Persediaan dalam keadaan baik walaupun hanya tiga hari, kesemua pemain dalam keadaan bebas kecederaan," katanya menjelang sepak mula bertemu skuad Seladang di Stadium Manjung, malam esok.
"Kpah Sherman, Manuel Hidaldo, Aleksandar Cvetkovic dan Fadhli Shas tidak akan bersama pasukan. Fadhli dan Aleksandar mengalami kecederaan, manakala Manuel dan Kpah digantung perlawanan." katanya.
Pengendali berusia 62 tahun itu turut berharap momentum kemenangan keatas Kedah Darul Aman dapat diteruskan ketika menentang Perak malam esok.
Untuk rekod, pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Liga Super 28 September lalu menyaksikan skuad kendalian Yusri Che Lah itu menang bergaya dengan keputusan 3-0.
"Walaupun tanpa kelibat mereka pemain tetap semangat berjuang untuk pasukan dan mereka akan beri saingan terbaik kepada Perak dan JDT dalam final.
"Pemain muda dan pemain import Perak sangat bagus, kami perlu berwaspada kerana Perak kerap melakukan serangan balas yang bahaya," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video