LIGA SUPER MSIA

TMJ seru 'stop violence in football'

Saufi Tahir 17/05/2024 | 07:50 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menyeru agar segala bentuk keganasan dihentikan serta-merta dalam arena bola sepak negara.
Dalam kenyataannya di laman media sosial hari ini meminta semua rakyat bersolidariti di atas semua insiden yang berlaku di luar kawasan bola sepak.
Sebelum ini pemain negara Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim terlibat dalam serangan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kecederaan.
Baginda juga menjawab tuduhan yang tidak bertanggungjawab sesetengah individu mengaitkan dirinya dengan insiden yang melanda pemain bola sepak negara ketika ini.
"Akhyar kena samun, Faisal kena asid, Safiq kereta kena pecah, Siti Nurul Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa
Bomb di rumah,
"Semalam Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng, dan dua anggota polis ditembak. Semua ni kerja TMJ, FAM, Polis dan MFL.
"Semua keadaan ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bolasepak. Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti "stop violence in football."
#IniSemuaSalahTMJ
#bola sepak #TMJ
;