TMJ sahkan bakal tandatangani pemain bertaraf bintang
Ammar Hakim
Oktober 24, 2023 16:54 MYT
Oktober 24, 2023 16:54 MYT
Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kini mengesahkan, pemain bertaraf bintang bakal memperkuatkan skuad JDT menjelang musim 2024.
Umum mengetahui penanda aras bagi pasukan yang menjuarai Liga Super 10 kali berturut-turut ini sentiasa mahu memastikan keputusan yang positif dijelmakan setiap musim.
Lantas, pemilik kelab, Tunku Ismail, mengesahkan bakal menandatangani pemain bertaraf bintang kelahiran dari benua Amerika Selatan.
Bijak mencari ruang serta memiliki kualiti rembatan yang cukup berbisa bakal menggamit saingan Liga Malaysia musim hadapan.
"Selamat datang ke Liga Malaysia". Nadi Arena, 24 Oktober, 9 malam. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/i5EBhc8Fei
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti berita penuh di Nadi Arena 9.00 malam ini.