Skip to main content

Bola Sepak

TMJ beri kata-kata semangat buat pemain KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gallifuoco.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan kata-kata semangat buat pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, atas kejayaan pemain tersebut membuat pasukan memperoleh lima perlawanan tanpa kalah. 

KL City melewati lima perlawanan tanpa kalah hasil kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman semalam. 

Menerusi X, Gallifuoco, berkongsikan gambar papan putih yang berada dalam bilik persalinan pasukan yang bertulis '5 Games Undefeated' (Lima Perlawanan Tanpa Kalah).

Tunku Ismail membalas, "Apabila cecah 80 beritahu saya." Pertahanan KL itu membalas, "Jauh lagi perjalanan kami namun langkah demi langkah. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk pasukan saya untuk cuba merapatkan kedudukan kami dengan bilangan tersebut. Itu adalah penanda aras buat kami."

Bagi menutup perbualan, Tunku Ismail, "Semangat itu yang diinginkan. Semoga berjaya sahabat."
 

Aksi seterusnya buat KL City adalah pertemuan dengan Perak 6 April ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video