Bakat yang dimiliki Neymar tidak mempunyai sebarang had pada mata pengendali Brazil, Tite, selepas penggempur itu kembali dengan sentuhan mantap dalam kesebelasan utama pasukannya.
Pemain termahal dunia itu kembali daripada kecederaan patah tulang metatarsal pada minggu lalu dan menjaringkan satu gol ketika menundukkan Croatia 2-0 di Anfield.
Dia tampil dalam kesebelasan utama sewaktu bertemu Austria di Vienna, semalam sebelum memperdayakan Aleksandar Dragovic untuk menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 ke atas lawan.
Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho turut meletakkan nama dalam senarai penjaring tatkala skuad Selecao itu mempunyai baki tujuh hari sebelum memulakan aksi pertama Piala Dunia 2018 menentang Switzerland.
"Saya tidak tahu batas sebenar yang dimiliki Neymar," kata Tite.
"Kemampuan teknikal dan daya kreatif yang ditunjukkan sangat hebat. Apabila kami membebaskannya ke kubu lawan, dia sangat berbahaya."
Neymar melengkapkan tempoh 83 minit permainan sebelum memberi laluan buat Douglas Costa dan Tite menjelaskan tindakan itu diambil bagi mengelakkan sebarang isu kekejangan otot daripada berlaku.
Walaupun Fernandinho diketepikan daripada pasukan utama bagi memberi laluan buat Neymar dan Coutinho diletakkan di bahagian tengah, Tite tetap menafikan bahawa barisan pemain bertemu Austria adalah kesebelasan utama pilihannya untuk berdepan Switzerland di Rostov nanti.
"Saya memilih pasukan pada Jumaat lalu dan kini saya masih menikmatinya.
"Persaingan dalam kalangan pemain sangat baik. Hari ini, pasukan Brazil telah menunjukkan contoh yang matang. Kami mengharungi aksi yang dipenuhi banyak sentuhan fizikal dan kami mempamerkan aksi mantap."