Kelibat dua pemain sayap Selangor, Andik Vermansyah dan R. Gopinathan, bakal menjadi perhatian barisan pertahanan T-Team dalam pertemuan kedua-dua pasukan dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
“Selangor mempunyai rangkaian serangan yang laju dan penyerang yang berkualiti serta dibantu pengalaman di barisan tengah mereka.
“Permainan yang lebih berdisiplin harus dipamerkan untuk menyekat kemaraan mereka, seterusnya mencatat keputusan yang positif.
“Tetapi Andik dan Gopi adalah antara dua senjata utama mereka yang sangat laju. Sejak dalam Liga Indonesia, saya mengenali gaya permainan Andik, jadi kami harus bijak menangani dua pemain itu,” ujar pengendali T-Team, Rahmad Darmawan.
Bakal beraksi tanpa pemain tengah, Dilshod Sherofetdinov, yang digantung satu perlawanan serta pemain pertahanan, Wan Ahmad Amirzafran, yang cedera, Rahmad turut menuntut anak-anak buahnya fokus selama 90 minit dalam perlawanan itu nanti.
“Kami perlu bermain secara berpasukan dan mencuba untuk membuat satu corak yang lebih tersusun, supaya tidak mudah untuk pihak lawan membuat gerakan. Malah, kami juga mahu mencari jaringan di tempat lawan.
“Walaupun ketiadaan Dilshod dan Amir, saya harap pemain-pemain yang lain bersedia untuk beraksi.
“Peluang adalah seimbang untuk kedua-dua pasukan kerana dalam saingan liga, mereka menang di Shah Alam, manakala kami menang di Kuala Terengganu.
“Keputusan perlawanan hanya ditentukan pada malam itu, pasukan yang menunjukkan kesungguhan dan motivasi yang lebih baik sudah tentu lebih berpeluang untuk menang,” katanya lagi.