Skip to main content

Bola Sepak

The Titans sediakan kejutan buat The Bos Gaurus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

060517tteam.jpg
Berazam mengekalkan rentak kemenangan, T-Team bakal membuat percaturan baharu dalam aksi Liga Super bertemu Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Menurut pengendalinya, Rahmad Darmawan, mereka mempunyai beberapa pilihan taktikal berbeza yang akan digunakan berbanding perlawanan pusingan pertama, bulan lalu.

Sekadar seri 2-2 di Ipoh, ujarnya, Perak juga sudah tentu tampil dengan lebih berdisiplin sambil dalam masa yang sama tidak mahu pemain-pemainnya mengambil mudah cabaran skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

“Perak memandang rendah keupayaan kami dalam aksi yang lalu kerana mereka nampak begitu yakin mengerah semua pemainnya melakukan serangan.

“Situasi itu memudahkan kami untuk melakukan serangan-serangan balas dengan cepat,” kata Rahmad.

Dengan tonggak tengah, Mohd Fakhrurazi Musa, masih digantung perlawanan dan Dilshod Sherofetdinov juga dalam status keraguan untuk diturunkan akibat kecederaan, Rahmad tetap optimis dengan peluang pasukannya.

“Masing-masih sudah faham peranan dan apa yang perlu dilakukan, kini tinggal hanya mereka menterjemahkan percaturan itu di atas padang,” tambahnya.

Tidak mahu isu pemotongan mata terus membelenggu pasukannya, ketua jurulatih dari Indonesia itu juga berharap pemain-pemainnya mengekalkan fokus dan mencari kemenangan ketiga berturut-turut.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video