Skip to main content

Bola Sepak

Tingkatkan kualiti bola sepak wanita, FAM lantik jurulatih baru dari Brazil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joel.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan baru ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Joel Cornelli, yang bakal mengharungi beberapa kejohanan besar tahun ini. 

Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 dan Sukan SEA Thailand Disember depan akan menjadi cabaran buat buat bekas jurulatih kelab Indonesia, Arema, itu bagi memperkasa skuad Malayan Tigress di pentas antarabangsa. 

Selain itu, Soleen Al-Zoubi dinaikkan pangkat tatkala menjawat peranan sebagai pengarah teknikal dengan penekanan khusus terhadap pembangunan bola sepak wanita.

 

Perubahan ini dilihat sebahagian daripada usaha FAM memantapkan lagi pembangunan bola sepak wanita di Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video