Skip to main content

Bola Sepak

Tinggalkan PSG, Alves sertai Sao Paulo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

danialves.jpg
Sao Paulo mengesahkan telah menandatangani bekas bek kanan Paris Saint-Germain (PSG) dan bintang Brazil, Dani Alves.

Alves menandantangani kontrak bersama kelab gergasi Brazil itu hingga Disember 2022.

Pemain berusia 36 tahun tersebut -- yang berhijrah ke Eropah ke Sevilla daripada Bahia pada 2002 –- merupakan ejen bebas selepas berkhidmat bersama PSG selama dua musim.

Alves turut dikaitkan bakal kembali bersama Barcelona dan ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), bagaimanapun, pemain veteran itu memilih untuk kembali ke Brazil dengan meletakkan sasaran beraksi dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Daniel Alves adalah pemain yang diinginkan oleh pihak pengurusan di Sao Paulo – salah seorang pemain dalam kalangan terbaik dunia dan perwatakan yang profesional setiap kali turun beraksi, keazaman dan sentiasa dahagakan kemenangan serta kejuaraan," kata presiden kelab, Carlos Augusto de Barros e Silva.

"Dia juga seorang individu yang mesra di media sosial dan sangat bersemangat mengenai negara kami.

"Saya telah memberitahu Alves bahawa satu hari dia akan bermain di Sao Paulo. Saya sangat gembira dan berbangga kerana mengotakan janji itu."

Alves mengetuai skuad Brazil menjuarai Copa America di laman sendiri bulan lalu -- sekali gus merangkul gelaran ke-40 sepanjang kariernya.

Advertisement

Must Watch Video