Skip to main content

Bola Sepak

Timur Tengah jadi perhatian bola sepak dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture.png

Pada saat satu dunia memberi tumpuan kepada Kejohanan Piala Asia 2024 yang akan berlangsung pada 12 Januari hingga 10 Februari nampaknya ada dua situasi yang sedang berlangsung mahupun akan berlaku di destinasi tumpuan ini.

Apakah dua situasi itu?


1. Real Madrid menentang Barcelona

Real Madrid dan Barcelona akan bertemu dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol pada awal pagi esok dan Stadium Antarabangsa King Fahd akan menjadi saksi bahawa perlawanan terbaik ini akan berlaku.

Arab Saudi secara rasminya menjadi tuan rumah kepada satu lagi El Clasico ketika dua pesaing abadi itu bertarung untuk merebut trofi  pertama mereka buat musim ini.

2. Kem Arsenal berlatih di Dubai

Skuad pasukan utama Arsenal nampaknya telah bekerja keras di Dubai dalam tempoh lebih seminggu ini untuk menjalani latihan dalam cuaca panas.

Melalui paparan  galeri di laman sesawang mereka, tampaknya mereka kelihatan sangat  cergas menjelang aksi kembali ke Liga Perdana menentang Crystal Palace pada Sabtu, 20 Januari.

Agak-agaknya, kenapa Timur Tengah menjadi tumpuan kelab-kelab besar ini ya?

Tidak lain dan tidak bukan adalah lebih kepada untuk meningkatkan kehadiran penonton untuk menonton perlawanan dan pastinya untuk terus meningkatkan jenama mereka sebagai pasukan pilihan terbaik dunia selain memperkemaskan skuad menuju empat bulan baki saingan kancah masing-masing.


 

Advertisement

Must Watch Video