Skip to main content

Bola Sepak

Timber tamatkan spekulasi perpindahan, kekal di Ajax hingga 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurrien-timber.jpg
Selepas pelbagai spekulasi mengenai perpindahan, Ajax memilih untuk mengekalkan pemain berusia 21 tahun, Jurrien Timber, dengan melanjutkan kontraknya selama setahun sehingga 2025.

Timber, yang sudah melakukan lapan penampilan antarabangsa bersama Belanda, telah bersama Ajax sejak 2014 dan mengumpulkan 50 penampilan Eredivisie sepanjang dua musim lalu dan menjaringkan empat gol.

Dia merupakan seorang daripada tiga pemain Ajax yang mahu dipikat Manchester United dan bekas pengurus Ajax, Eric ten Hag, selepas mendapatkan Lisandro Martinez dan sedang membincangkan perpindahan buat Antony.

Timber merupakan penerima Anugerah Marco van Basten sebagai bakat terbaik tahunan Ajax dan kelihatan akan mengikut jejak penerima sebelumnya, Ryan Gravenberch, Sergino Dest dan Matthijs de Ligt, yang kesemuanya kemudian meninggalkan Eredivisie bagi mencari cabaran baru.

Dia akan berusia 24 tahun apabila kontrak barunya tamat dan masih berpeluang untuk menyerlah di peringkat Eropah menjelang kempen Ajax dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

 

Advertisement

Must Watch Video