Hanya 23 pemain Harimau Malaya dibawa ke Hydrebad, India. Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman dilepaskan pulang ke tanahair berikutan faktor aksi awal JDT dalam Piala Malaysia.@ASTROARENA pic.twitter.com/4VgRbxiEEU
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 16, 2024
Susulan jadual dikeluarkan Malaysian Football League (MFL) yang menetapkan perlawanan pertama Pusingan 16, Unifi Piala Malaysia 2024-2025 bagi JDT bertemu Kuala Lumpur Rovers FC pada Rabu, 20 November 2024.
Permohonan dibuat JDT itu selepas mengambil kira skuad Harimau Malaya akan tiba di tanah air pada pagi Rabu selepas aksi menentang India, sekali gus tidak sempat bagi ketiga-tiga pemain berkenaan pulang ke pangkuan kelab mereka itu.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain JDT iaitu penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed akan menyertai skuad 23 pemain Harimau Malaya untuk terbang ke Hyderabad dari Bangkok, malam ini.
HANYA 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA DIBAWA KE HYDERABAD, INDIA
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 16, 2024
▶️ Baca penuh di https://t.co/aRCvPoOXfv
-----
ONLY 23 PLAYERS OF THE HARIMAU MALAYA SQUAD WILL TRAVEL TO HYDERABAD, INDIA
▶️ Read more at https://t.co/aRCvPoOXfv#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/RcmEYXXX5q
Malaysia yang baru sahaja tamat aksi persahabatan antarabangsa bertemu Laos Khamis lalu dan kini membuat persiapan bertemu India 19 November ini.