Baki empat perlawanan bulan ini, termasuk pertemuan dengan Selangor esok, akan menjadi medan ujian bagi tiga pemain import Sarawak sebelum prestasi mereka dinilai kembali pengurusan Ngap Sayot.
Pengendali pasukan, David Usop, berkata kecuali pemain pertahanan, Demerson Bruno Costa, yang menunjukkan persembahan konsisten dalam setiap perlawanan, tiga pemain lagi masih belum mencapai tahap memuaskan.
"Mateo Roskam, Mark Hartmann dan Lee Jong-ho masih perlu membuktikan betapa mereka harus kekal dalam pasukan.
"Ketika ini, prestasi mereka turun naik, umpama yoyo.
"Ada permainan yang mereka tampil hebat dan ada permainan yang mengecewakan," katanya.
Begitupun, menurut David, beliau masih memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan prestasi.
"Mereka sedia maklum akan berlaku jendela perpindahan pada Mei dan ejen-ejen pemain sudah mula menawarkan senarai.
"Dan pihak saya akan berbincang dengan pengurusan pasukan selepas pemantauan penuh dilakukan."
Mengulas pertemuan dengan Selangor di Stadium Selayang, David menegaskan tidak mahu insiden pertemuan dengan Terangganu dalam saingan Piala FA berulang.
"Saya amat tidak berpuas hati dengan persembahan longlai pada separuh masa pertama aksi tersebut.
"Pemain-pemain langsung tidak agresif."
Akuinya, di sebalik persembahan buruk itu, pasukannya bertuah dapat menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
"Saya berterima kasih kepada kekentalan pertahanan yang diterajui Hairol Mokhtar serta perubahan permainan selepas kemasukan Awang Iskandar dan Nur Shamie Iszuan."
Menjelang aksi dengan pasukan gergasi Lembah Kelang itu, David mahu fokus diberikan untuk memperoleh mata.
"Sebarang mata, sama ada menang atau seri.
"Ini kerana kami berada di kedudukan bawah liga dan hanya dipisahkan oleh satu dan dua mata oleh pencabar yang berada di atas," katanya lagi.